Solat Hajat untuk Misi Flotila ke Gaza

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk mengadakan solat hajat hari ini, bagi mendoakan keselamatan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

PM hadiri Perarakan Hari Kemenangan China

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perarakan Hari Kemenangan China di Dataran Tiananmen, bagi memperingati 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua.

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Strategik

BEIJING: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyifatkan Inisiatif Tadbir Urus Global yang baru sahaja dikemukakan Presiden Xi mengandungi konsep yang maju serta penyelesaian masalah yang praktikal, dan amat penting untuk meningkatkan tahap tadbir urus global.

Bukit Aman Panggil Pengurusan Tertinggi TikTok

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok menjadi kumpulan pertama dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis ini, bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan platform itu terutama kes penyebaran maklumat palsu, aktiviti jualan di TikTok Shop, kelewatan memberi kerjasama kepada siasatan polis dan isu lain.

1,000 Maut Dalam Tanah Runtuh di Sudan

SUDAN: Sekurang-kurangnya 1,000 terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan sebuah kampung di kawasan Pergunungan Marra, barat Sudan, dengan hanya seorang terselamat.

Anwar Bertemu Xi, Li Qiang di Beijing

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hari ketiga lawatan kerja beliau di China semalam dengan mengadakan perbincangan peringkat tinggi di ibu negara China untuk memperdalam hubungan strategik dan meluaskan kerjasama perdagangan.

Ganjaran RM500,000 Menanti Tang Jie-Ee Wei

KUALA LUMPUR: Juara dunia beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal menerima ganjaran lumayan, setanding apa yang pernah dinikmati beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2022.

Semangat Serumpun Rakyat Malaysia Dihargai

KUALA LUMPUR: Tindakan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia menerusi pesanan makanan dalam talian mendapat pujian dan penghargaan daripada warganet, sekali gus mencerminkan semangat persaudaraan serumpun yang erat di antara kedua-dua negara.