Malaysia Bawa Mesej PBB Gagal di UNGA

KUALA LUMPUR: Malaysia akan tampil lantang di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-80 di New York pada minggu ini dengan membawa mesej tegas bahawa PBB gagal menjaga keamanan antarabangsa, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa serta perlu kembali kepada piagam asalnya itu.

Pelaku Counter Setting Sudah Dikenal Pasti: KP Imigresen

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen mengesan wujud rangkaian kartel yang kini dalam siasatan, membabitkan kegiatan pegawai senior merekrut petugas baru supaya menyertai salah laku rasuah dalam jabatan itu di pintu masuk negara secara ‘counter setting’ bagi memperoleh habuan lumayan.

Sindiket dadah guna laut ke Kelantan

KOTA BHARU: Bekalan dadah ke Kelantan kini dipercayai banyak menggunakan laluan laut susulan pangkalan haram ditutup dan kawalan di sempadan dipertingkat.

Polis Rampas Dadah 2.2-Kilogram Disimpan dalam Kereta

ALOR GAJAH: Polis merampas 1,600 paket lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dan syabu dianggarkan lebih 2.2-kilogram yang disimpan dalam kereta dijadikan stor simpanan selepas serbuan dibuat di Jalan Perindustrian Rembia, di sini, pada minggu lalu.

Utama Kepentingan Melayu, Titah Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu.

Pearly-Thinaah Nyaris Terkandas

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah dipaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua badminton Masters China, hari ini.

Bot Pancung Bawa Pati Rempuh Anggota Maritim

SEREMBAN: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan cedera selepas dirempuh sebuah bot pancung disyaki membawa sekumpulan pendatang tanpa izin malam tadi.

Jenayah Siber Tumpuan Utama AMMTC

KUALA LUMPUR: Negara anggota Asean sepakat memberikan tumpuan utama terhadap isu jenayah siber termasuk penipuan dalam talian sebagai bidang keutamaan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC), akan datang.