Lebih 50 Peratus Yakini Kerajaan.

Siling ditinggikan, lantai dinaikkan. Ertinya, pendapatan ditingkatkan untuk mensejahterakan rakyat. Dengan menaikkan pendapatan penjawat awam, pekerja swasta juga akan menikmati kenaikan berasaskan keuntungan syarikat mereka.
RM 90,000 untuk Skuad Bowling

Pengorbanan pasukan boling negara yang mencatat kejayaan cemerlang di Kejohanan Boling Antarabangsa Piala Dunia di Hong Kong baru-baru ini terubat apabila Majlis Sukan Negara memberikan insentif RM90,000 sebagai mengiktiraf pencapaian mereka.
Gencatan Senjata, Israel-Hamas Dimeterai.

Israel dan Hamas bersetuju memeterai gencatan senjata bagi menghentikan perang 15 bulan di Gaza dan membebaskan baki tebusan.
Langkah itu meningkatkan harapan untuk menamatkan konflik yang menggemparkan dunia itu.
Kempunan Juara Roslin Kecewa

“Ini soalan yang perlu dijawab oleh badan induk badminton. Apa yang mereka lakukan sejak 2018, iaitu kali terakhir kita menang?” soal mantan pemain badminton negara, Roslin Hashim.
Tyreman Penyelamat Kenderaan Berat

Bermula dengan modal RM60,000 dari wang simpanan KWSP, Mohd Zahir Jahaya memberanikan diri untuk memulakan perniagaan yang jarang disertai oleh Bumiputera.
Berasaskan keberanian itu dan dengan menambah pelbagai ilmu berkaitan bidang yang diceburinya, pengarah dan pengasas JGE Empire Group Sdn Bhd itu sudah menempa nama sebagai saudagar tayar tersohor di seluruh negara.
Pentadbiran FAM Perlu Evolve / Cara Lapuk Tak Sesuai Lagi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) harus berkembang mengikut peredaran masa dan bersikap lebih demokratik, saran mantan Ketua Pemasaran persatuan itu, Sayf Ismail.
Terap Kolaborasi Sepanjang Hayat.

Wang ringgit penting tetapi ia bukan perkara utama yang diterapkan oleh TYMBA Education Group, kata pengasas da Ketua Pegawai Eksekutifnya, Airil Razali.
Menurutnya, apa yang lebih penting bagi syarikat perakaunan itu adalah nilai dan ilmu yang diberikan bagi membantu seramai mungkin pelajar.
China-US Trade Likely to Dominate ASEAN Summit

The contentious China and the US trade relationship is likely to be one of the key issues to be dominate discussions between leaders of ASEAN when to meet in Kuala Lumpur for the ASEAN summit.
Geopolitical analyst Prof Dr Azmi Hassan said as chairman of ASEAN, the challenge for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is how to maneuver and arrive to a decision on critical issues among member states.
Asean Disaran Bergerak Dengan Satu Suara
Asean perlu sebulat suara dalam menangani pelbagai isu serantau dan antarabangsa walaupun ia sukar dilakukan, kata pakar geopolitik negara Profesor Dr Azmi Hassan. Menurutnya, Malaysia sebagai Pengerusi Asean mempunyai kuasa besar untuk menentukan agenda pertubuhan itu dengan memastikan negara-negara anggota bergerak dan berfikir dalam satu suara. “Sebagai contoh, ada negara Asean yang taksub dengan Amerika […]