Gencatan Senjata Kejayaan Besar Anwar

Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim merealisasikan gencatan senjata Kemboja-Thailand, adalah satu pencapaian besar yang mencerminkan kekuatan semangat Asean serta bukti komitmen Perdana Menteri terhadap diplomasi berpaksikan dialog.

Thailand, Kemboja Hargai Hasil Rundingan

Pemimpin Kemboja dan Thailand menzahirkan keyakinan bahawa keputusan gencatan senjata yang dicapai hari ini akan membuka peluang besar kepada kedua-dua negara untuk mencapai kedamaian pada masa depan.

Thai-Kemboja Setuju Gencatan Senjata Serta-Merta

Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.

BNM Semak Semula Unjuran KDNK 2025

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

Dewan Kecoh Isu Sampah 20 Tan

Sidang Dewan Rakyat sesi pagi pada Isnin kecoh seketika apabila isu 20 metrik tan sampah yang ditinggalkan peserta Himpunan Turun Anwar di ibu negara pada Sabtu lalu dibangkitkan.

Kebakaran Hutan, Tanah Gambut di Riau, Sumatera

Kebakaran hutan dan tanah gambut yang semakin memburuk di wilayah Riau dan Sumatera, memusnahkan ratusan hektar kawasan, ketika usaha pemadaman berdepan cabaran akibat cuaca panas terik dan angin kencang, lapor portal berita Riau Online.

Baki 38 Jemaah Umrah Terkandas Pulang

Baki 38 daripada 42 jemaah umrah yang terkandas di Jeddah akan dibawa pulang ke tanah air hari ini menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH157) dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Konflik Thailand-Kemboja Merebak ke 6 wilayah

Thailand dan Kemboja dikesan saling berbalas tembakan artileri berat untuk hari ketiga berturut-turut sehingga kelmarin, dalam konflik sempadan yang sudah meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan memaksa lebih 150,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Kibar Jalur Gemilang Simbol Cinta Negara

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menggesa rakyat menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Kurang Belas Ihsan Terhadap Gaza: PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyelar masyarakat antarabangsa kerana memejamkan mata terhadap krisis kebuluran yang meluas di Gaza, menyifatkan ia sebagai ‘krisis moral yang mencabar nurani global’.