Wanita Gig@BIT 2025 Perkasa Ekonomi Digital

Foto The Sun

Program Wanita Gig and Business in Technology (Gig@BIT 2025 akan memperkasa Wanita dalam bidang ekonomi digital, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, 350 peserta mengikuti ikhtiar anjuran Jabatan Pembangunan Wanita itu bagi kali kedua tahun ini.

Menurutnya, inisiatif itu memberi peluang kepada wanita menjana pendapatan dalam ekonomi digital serta membina daya tahan digital dalam menghadapi cabaran dunia moden.

“Program ini menyasarkan akses lebih luas kepada sektor seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, kecerdasan buatan, teknologi hijau, Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional,” katanya.