
Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara menerusi pembabitan aktif syarikat seperti ENGIE, Total dan Thales, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata demikian pada pertemuan dengan rakan sejawat, Francois Bayrou di Paris dan menyifatkannya membuka lembaran baru hubungan Malaysia-Perancis.
“Kami menyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik, termasuk pelaburan bernilai tinggi seperti aeroangkasa, semikonduktor dan automotif, tenaga bersih, pertahanan, pendidikan dan latihan teknikal,” katanya.
Anwar juga menekankan pentingnya komitmen Airbus terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang telah dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien.