Elaun Sara Hidup RM2.40 Sehari Bagi Mangsa Banjir Sumatera

Foto AFP

JAKARTA: Mangsa banjir di Sumatera hanya akan menerima elaun sara hidup 10,000 rupiah (sekitar RM2.40) sehari.

Ia diperkirakan antara bentuk sokongan yang sedang dipertimbangkan kerajaan Indonesia.

Di samping itu, mangsa juga berpeluang menerima bantuan penggantian barangan rumah dan pampasan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 15 juta rupiah (lebih RM3,650) bagi keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana yang meragut lebih 1,000 nyawa di tiga wilayah.

Setakat Jumaat lalu, jumlah korban meningkat kepada 1,068 orang dengan lebih 190 masih hilang dan kira-kira 7,000 cedera di Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara susulan Taufan Senyar yang melanda pada akhir November.

Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), seramai 577,600 penduduk terpaksa berpindah, manakala lebih 147,000 rumah musnah akibat banjir.