CEO Affin Terima Anugerah GCEO Perbankan Terbaik

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, menerima anugerah GCEO Perbankan Terbaik – Malaysia serta Inisiatif Perbankan Hijau Terbaik – Malaysia.

Pengiktirafan itu diberikan di majlis Anugerah Kewangan Antarabangsa Tahunan ke-13 yang berlangsung di Waldorf Astoria, Bangkok baru-baru ini.

Anugerah berkenaan meraikan bakat industri luar biasa, kecemerlangan kepemimpinan, serta keupayaan institusi pada platform global.

Pemenang dipilih melalui penilaian komprehensif oleh pasukan penyelidik khusus bagi menghargai organisasi dan pemimpin yang menunjukkan prestasi teguh, kejelasan strategi, serta impak bermakna dalam sektor kewangan.

Di bawah pimpinan Wan Razly, AFFIN melalui transformasi jelas dan terukur menerusi Pelan Strategik AFFIN Axelerate 2028 (AX28).