Zafrul Jawab Dakwaan Dr Mahathir

Gambar Hiasan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan kelihatan gembira dengan hasil rundingan tarif Amerika Syarikat.

Sebaiknya, beliau menegaskan, kejayaan yang dicapai itu bukan soal ‘kegembiraan’, tetapi mengenai pengurusan krisis yang bertanggungjawab demi melindungi kepentingan negara dan rakyat.

Katanya, kerajaan berunding untuk mengelakkan tarif Amerika sebanyak 25 peratus yang mengancam lebih RM198 bilion dalam eksport dan 100,000 pekerjaan (hanya dalam elektrik dan elektronik (E&E) saja).

“Kita memperoleh kadar 19 peratus yang sama seperti rakan Asean yang lain, mengutamakan kepentingan negara dan kestabilan ekonomi,” katanya.