
SHAH ALAM: Apabila nafsu menguasai diri, manusia akan melakukan apa saja. Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai meliwat seekor kucing sebelum mencampak haiwan itu dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning di sini baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, satu laporan polis diterima pihaknya daripada penghuni pangsapuri terbabit pada jam 12.30 tengah malam, Sabtu.
Menurutnya, pengadu memaklumkan dia bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan berbogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.
“Suami pengadu kemudian naik ke aras empat pangsapuri untuk menegur perbuatan suspek, tetapi suspek telah mencampak kucing itu ke bawah sebelum melarikan diri.
Rata-rata penduduk Pangsapuri Randa, Seksyen 31 di sini menyifatkan perbuatan itu kejam serta tidak berperikemanusiaan.