
BUTTERWORTH: Lelaki warga emas yang terjatuh ke dalam sebuah perigi berhampiran sebuah restoran nasi kandar di Jalan Telok Air Tawar di sini berjaya diselamatkan orang awam pada Sabtu.
Mangsa berusia 63 tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam perigi sedalam lima meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata mangsa dikatakan berada di dalam perigi berkenaan selama dua hari sebelum disedari orang awam.
Beliau berkata, mangsa adalah seorang gelandangan dan dipercayai pergi ke perigi berkenaan untuk mandi.