Warga Dibenar Isi RON 95 sehingga 300-liter Sebulan: PM

Foto Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Warga Malaysia akan dibenar mengisi minyak RON95 sebanyak 300-liter sebulan menerusi menerusi inisiatif BUDI95, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun pemandu e-hailing dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, purata penggunaan sekarang adalah dalam 150-liter sebulan, ada juga kebanyakan 200-liter sebulan dan paling tinggi 250-liter sebulan, tidak ada yang mencecah 300 liter.

“Bagaimana e-healing? Kalau e-healing, itu kita kecualikan sebab anak-anak muda, puluhan ribu yang bekerja untuk itu. Jadi kalau mereka (perlu guna) lebih, kita beri pengecualian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.