Waran tangkap pengasas eHati kerana tak hadir pertuduhan

Foto Fail

KUALA LUMPUR: Dua waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah terhadap dua individu termasuk pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati kerana gagal hadir pada hari pertuduhan.

‎‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, berkata kedua-dua individu itu sedang giat dikesan.

‎‎”Ada dua waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir ke mahkamah ketika pertuduhan dijalankan, itu saya sahkan… kita sedang berusaha untuk mencari individu-individu ini,” katanya

‎‎Mengenai mayat yang ditemui di tepi sungai berdekatan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway awal bulan lalu,

beliau berkata bedah siasatan sudah dijalankan namun punca kematian tidak dapat ditentukan berikutan keadaan jasad yang telah lama.

Shazeli berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Kimia untuk membantu mencari punca kematian bagi membantu siasatan.