Waqaf An-Nur bantu bangun sektor ketiga ekonomi

Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR: Peranan dan model pentadbiran Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) akan diperkukuh untuk membangunkan sektor ketiga ekonomi selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani.

Wakaf bukan saja dilihat dari sudut syariah atau agama semata-mata, sebaliknya perlu diperluas sebagai satu platform ekonomi dan kewangan yang mampan, kata Ketua Eksekutifnya, Bukhari Abd Rahman.
.
“Wakaf antara platform terbaik dalam membantu pembangunan ekonomi ketiga negara.

“Sekiranya diuruskan dengan baik, institusi ini bukan sahaja memberi manfaat kebajikan, tetapi juga mampu menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang menyumbang secara langsung kepada KDNK,” katanya selepas membentangkan Resolusi Muzakarah ketika Majlis Perasmian Penutupan Muzakarah Waqaf 1.0 semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.