Wan Ahmad Farid Mahu Tingkat Kecekapan Hakim

Foto Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menggariskan beberapa inisiatif bagi meningkatkan kecekapan kehakiman dan menangani lambakan kes tertunggak di seluruh negara.

Menurutnya, badan kehakiman kini bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk menambah kapasiti bilik mahkamah serta melantik lebih ramai Pesuruhjaya Kehakiman bagi meringankan beban sedia ada.

“Seperti yang sering dikatakan, keadilan yang lewat adalah keadilan yang dinafikan.

“Saya sedar wujudnya pihak yang datang ke mahkamah mencari keadilan tetapi kecewa kerana mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan,” katanya.