Waktu kerja anjal dipertimbang, sektor swasta digalak ikut BDR

Foto Ihsan RTM

SHAH ALAM: Langkah tambahan termasuk menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat dan terpilih di kalangan penjawat awam sedang dipertimbang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan itu dijangka memberi fleksibiliti kepada sektor awam, selain berharap sektor swasta turut mengambil pendekatan sama.

Menurutnya, kerajaan komited memastikan disiplin kewangan terus diperkukuh dengan mengelakkan pembaziran serta ketirisan dalam pentadbiran negara.

“Bagi pihak kerajaan, insya-Allah kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia ini agak luar biasa dan terkecuali,” katanya.