Visi Komuniti Asean 2045/Masa depan lebih baik

Foto PMO

Deklarasi Kuala Lumpur yang dimeterai semalam bakal menjadi pemandu ke arah mencapai Visi Komuniti Asean 2045 lebih baik bagi generasi akan datang.

Pengerusi Asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata masa depan itu mesti bersandarkan asas kemapanan dan keterangkuman seluruh anggotanya.

“Integrasi Asean mesti benar-benar berpaksikan rakyat dan ini bermakna menutup jurang pembangunan, meningkatkan taraf hidup dan melabur dalam semangat kemanusiaan dan potensi rakyat.

“Marilah kita bergerak ke hadapan dengan kejelasan dalam visi kita, kemantapan dalam tujuan dan perpaduan dalam kehendak kita untuk membina Asean bagi generasi akan datang,” kataya di majlis pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur.