Video AI Guna Imej Sultan Pahang

Foto FB Kesultanan Pahang

Istana Pahang mengesan penyebaran video palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah mirip Sultan Pahang.

Akaun Facebook rasmi Kesultanan Pahang menjelaskan video yang disebarkan menerusi beberapa akaun di aplikasi Tik Tok adalah tidak sahih dan menganggapnya penyalahgunaan imej Sultan bagi tujuan penipuan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan video itu dan jangan percaya sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video itu. Lapor segera kepada pihak berkuasa.

“Istana Pahang menegaskan bahawa baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan semua aktiviti dan titah hanya disiar melalui platform media sosial Kesultanan Pahang,” menurut akaun itu.