
KUALA LUMPUR: VentureTech Sdn Bhd mengumumkan melabur dalam Tymba Education Group, sebuah firma edtech yang menumpukan kepada kelayakan profesional dalam perakaunan dan kewangan.
Langkah itu bertujuan mengembangkan platform pembelajaran digital TymbaFlex dan memperluas ke seluruh Asean.
Peningkatan platform yang beralih kepada Integrated Learning Experience (ILE) itu
menggunakan tutor berkuasa AI, analitik lanjutan, dan sistem kemajuan automatik berasaskan penguasaan.
Model pembelajaran hibrid pula menggabungkan pengajaran digital dengan sokongan berstruktur.
Penjajaran strategiknya memenuhi matlamat nasional iaitu menyokong Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Ia juga membantu pembangunan modal insan bertujuan memperluas akses kepada pendidikan profesional, mengukuhkan bakat Malaysia, dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam profesion bernilai tinggi.
Ketua Pegawai Operasi VentureTech, Ahmad Redzuan Sidek berkata, syarikat tu menekankan usaha menjadikan kelayakan global lebih mampu milik dan mudah diakses, sambil menyokong pembelajaran sepanjang hayat serta menangani jurang ekonomi.
Mohd Airil Razali selaku Ketua Pegawai Operasi Tymba pula menyatakan kerjasama itu mengesahkan misi Tymba untuk menyediakan pendidikan profesional yang mudah diakses dan bersedia untuk masa depan, serta mempercepatkan pengembangan serantau.
Tymba dijangka memainkan peranan lebih besar dalam membentuk pendidikan profesional di Malaysia dan Asean melalui platform digital berskala besar dan model pembelajaran hibrid.