Vaksin, Paracetamol Bukan Punca Autism: KKM

Foto Hiasan / AI

KUALA LUMPUR: Benarkah dakwaan bahawa memberi vaksin kepada kanak-kanak dan penggunaan paracetamol semasa hamil menjadi punca autism?

Banyak pandangan yang menyetakan emikian sehigga Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab tampil menepis sangkaan itu.

Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah berulang kali menegaskan tiada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dengan autismme, malah vaksin terbukti menyelamatkan sekurang-kurangnya 154 juta nyawa dalam tempoh 50 tahun lalu.

Menurutnya, vaksin kini melindungi masyarakat daripada lebih 50 jenis penyakit berjangkit.

“Autisme merupakan spektrum penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal, melibatkan hampir 62 juta orang di seluruh dunia.

“Punca sebenar autisme masih belum difahami sepenuhnya, namun ia dipercayai berpunca daripada faktor biologi, genetik dan persekitaran, bukan vaksin,” katanya.

Mengulas penggunaan paracetamol ketika hamil, beliau berkata WHO turut mengesahkan ubat itu selamat digunakan mengikut dos dan nasihat doktor.