
Tabung Haji menasihatkan orang ramai supaya mengawasi tawaran palsu Visa Mujamalah yang giat dipromosikan menerusi pelbagai platform media sosial.
Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad berkata ia bagi menjamin kebajikan jemaah dan kelancaran ibadah haji.
Menurutnya, individu yang menerima visa itu disaran berdaftar dan mengikuti perjalanan haji melalui mana-mana 37 badan yang dilesenkan oleh Tabung Haji di Bawah Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
“Jika Visa Mujamalah ditawarkan oleh syarikat atau individu yang bukan dalam senarai 37 itu, ia adalah risiko besar,” katanya.