UPSI Terima 330 Pelajar Baharu DPSP, 196 Pelajar Master

Dr. Ridzwan (barisan hadapan lima dari kanan) bergambar bersama barisan penyarah UPSI dan 526 Pelajar Pascasiswazah Baharu pada sesi taklimat pendaftaran di Dewan Kuliah Pusat, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

TANJONG MALIM, 18 September – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kemasukan seramai 330 pelajar baharu Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPSP) dan 196 pelajar Sarjana (Master) bagi sesi pengajian terbaharu.

Bagi pengajian peringkat sarjana, antara program yang ditawarkan termasuk Psikologi Pendidikan dengan seramai 37 pelajar, Pedagogi (45 pelajar), Bahasa Melayu (26 pelajar), Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) (24 pelajar), Pengajian Kurikulum (25 pelajar), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (17 pelajar) dan Pendidikan Khas (22 pelajar).

Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI, Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus berkata, jumlah kemasukan itu membuktikan keyakinan masyarakat terhadap kualiti pengajian pascasiswazah yang ditawarkan oleh UPSI.

“UPSI sentiasa berusaha menyediakan program pascasiswazah yang relevan dengan keperluan semasa dalam bidang pendidikan.

“Dengan kemasukan pelajar baharu ini, kami berharap mereka dapat memanfaatkan peluang menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

Dr. Ridzwan berkata, universiti itu juga komited memastikan pengajaran, penyeliaan dan penyelidikan dijalankan mengikut piawaian antarabangsa, seiring dengan visi UPSI sebagai universiti pendidikan unggul.

“Kehadiran pelajar baharu dalam program DPSP dan sarjana akan turut memperkukuh budaya akademik yang dinamik di UPSI, termasuk dalam bidang penyelidikan, seminar serta penerbitan ilmiah yang menjadi antara agenda utama universiti,” ujar beliau.