UPKO umum keluar Pakatan Harapan

Foto UPKO

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Nelson W Angang mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH), berkuatkuasa serta-merta.

Nelson W Angang memaklumkan keputusan berkenaan dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO, semalam.

Beliau berkata, mesyuarat itu bertujuan membincangkan agenda ‘Sabah First’ yang menjadi asas perjuangan dan hala tuju kepimpinan parti berkenaan.

“Keputusan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH dan parti-parti komponen PH.

Kedua-dua Ahli Parlimen UPKO, Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya kestabilan Kerajaan Persekutuan harus dikekalkan hingga penggal ini berakhir,” katanya dalam satu kenyataan.