
KUALA LUMPUR: Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) mengundang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di universiti itu.
Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata undangan itu diterimanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
Menurutnya, delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.
“Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam, khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dengan Barat, di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam,” kata Perdana Menteri.