
KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mengumumkan umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 19 Februari.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, katanya.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Pada 12 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.