
KUALA LUMPUR: Api kemarahan rakyat Malaysia susulan pintasan Israel terhadap kapal-kapal Global Sumud Flotilla membara dalam perhimpunan di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.
Kumpulan penyokong Harimau Malaya yang dikenali Ultras Malaya, turut menyertai demonstrasi dan berarak menuju Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini membawa sepanduk dan kain rentang.
Kumpulan hampir 500 individu itu bergerak dari Stesen LRT Ampang Park menuju ke Kedutaan AS bermula jam 9 malam semalam.
Mereka melaungkan kata-kata dan nyanyian lagu ‘Israel Bangsat’ serta membakar suar.
Kumpulan itu kemudian berhenti dan berhimpun di depan pintu masuk utama ke Kedutaan Amerika.
Lalu-lintas di kedua-dua arah di laluan ke arah Sungai Besi dan Jalan Pahang sesak dan polis turut mengadakan kawalan ketat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini .