UKM Terima 3 Timbalan Naib Canselor Baru

Foto UKM

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa kelmarin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima pelantikan tiga Timbalan Naib Canselor (TNC) baru bagi tempoh dua tahun.

Mereka adalah Prof Dr Ismanizan Ismail yang dilantik TNC Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman sebagai TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Prof Dr Bariah Mohd Ali sebagai TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat.

Naib Canselor UKM, Prof Dr Sufian Jusoh, berkata pengalaman dan reputasi cemerlang dimiliki tiga TNC itu diyakini mampu memperkukuh peranan UKM sebagai peneraju pendidikan tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

“Seluruh warga UKM mengucapkan tahniah atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.