Ujian ukur penguasaan ilmu, bukan lahir generasi kakaktua

Foto Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Ujian adalah cara mengukur penguasaan ilmu dan bukannya melahirkan generasi burung kakaktua, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau membidas pandangan bahawa mengembalikan peperiksaan utama di sekolah hanya melahirkan generasi ‘burung kakaktua’, sebaliknya peperiksaan di sekolah penting untuk mengukur tahap penguasaan ilmu pelajar.
.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno menegaskan, alasan pengkritik tidak munasabah.

“Kalau benar peperiksaan melahirkan generasi ‘burung kakaktua’ maka Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) juga patut dimansuhkan.

“Peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk mengukur tahap penguasaan ilmu pelajar, wajar dikembalikan.

“Ini kerana Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bukan ujian standard. Ia ujian berasaskan sekolah masing-masing,” katanya.