
SHAH ALAM: Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM)
baru-baru ini menganjurkan forum membincangkan pemikiran kritikal membabitkan isu-isu keselamatan semasa negara.
Forum ilmiah anjuran pelajar semester satu Sarjana Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi itu adalah salah satu inisiatif pelajar yang mahukan sesuatu yang lebih daripada memenuhi keperluan akademik.
Bertajuk Melindungi Keselamatan Negara daripada Eksploitasi Kaum, Agama dan Institusi Diraja (3R), forum berkenaan mengulas cabaran strategik yang timbul daripada manipulasi elemen 3R serta bagaimana ia boleh menggugat perpaduan dan kestabilan negara jika tidak ditangani dengan bijaksana.
Dua tokoh utama dalam arena keselamatan dan komunikasi negara iaitu Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Ts. Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen dan Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Datuk Mohammad Shaharul Md Osman menyerai forum itu
Forum itu diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dan dihadiri lebih 80 tetamu membabitkan pelajar pascasiswazah, wakil industri serta anggota PDRM.