Tun Mahathir Dibenar Pulang

Foto Sinar Harian

Selepas menjalani tempoh rehat yang singkat, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN) jam 4.45 petang, semalam.

Terdahulu, pembantu kepada bekas perdana menteri itu, Sufi Yusoff, mengesahkan Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi akibat mengalami keletihan selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.

Dr Mahathir menghadiri program berkenaan sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau yang memandu sendiri tiba pada pukul 7.45 pagi sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar Tasik Putrajaya.

Selepas menamatkan kayuhan, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menjamah sarapan yang disediakan.