
SEREMBAN: Di kalangan 11 kerusi yang ditandingi DAP, Anthony Loke menghadapi tugas paling sukar di Chennah.
Ini kerana lebih separuh daripada pengundi kawasan luar bandar adalah bumiputera, demografi yang tidak lazim bagi kerusi tradisional parti itu.
Keadaan Itu menyebabkan Loke bekerja keras melawat beberapa kampung Melayu, kampung baru Cina, dan penempatan Orang Asli di Chennah,.
Dengan hanya tiga hari lagi baki berkempen, tugas ini terbukti mencabar, terutamanya di kawasan Melayu kerana mesej perpaduan Melayu BN dan PN nampaknya bergema di kalangan penduduk tempatan.
Chennah di daerah Jelebu utara Negeri Sembilan, merupakan kawasan luar bandar dengan sejumlah 14,422 pengundi, dengan 47.8 peratus adalah Melayu dan 6.3 peratus lagi adalah Orang Asli.
Bumiputera Malaysia Timur membentuk 1.3 peratus lagi pengundi di sini. Secara keseluruhan, populasi Bumiputera membentuk 55.4 peratus pengundi.
Pengundi Cina membentuk 42.6 peratus daripada komposisi pengundi, manakala India hanya menyumbang dua peratus daripada pengundi di sini.