Tragedi Putra Heights/Hantar tuntutan kepada MBSJ

Mangsa kebakaran dan letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya boleh mengemukakan tuntutan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) jika kerosakan rumah yag dialami mereka dalam bencana itu kurang daripada 40 peratus.

Datuk Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, berkata mangsa dinerikan tempoh enam bulan untuk membuat tuntutan beserta invois dan gambar.

Mereka juga dinasihatkan supaya membuat tuntutan menerusi persatuan penduduk kawasan masing-masing.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Selangor dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri memutuskan untuk mengurus tuntutan kerosakan rumah yang melebihi RM30,000.

Mengikut bancian MBSJ, 203 rumah mengalamai kerosakan kurang 40 peratus manakala 104 rumah alami 40 peratus kerosakan struktur.

Rumah-rumah itu adalah di sekitar Putra Harmoni, Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah A.

Langkah MBSJ itu dijangka membabitkan perbelanjaan RM6.1 juta.