Trafik Sesak di Lebuh Raya Utama, Rakyat Kembali ke Lembah Klang Lepas Aidiladha

Gambar Hiasan

Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama menuju Lembah Klang sesak apabila ramai mula pulang ke ibu negara selepas menyambut Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia melaporkan kesesakan teruk di sepanjang di sepanjang beberapa laluan dengan lalulintas perlahan di bahagian Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur.

Antara kawasan sangat sesak ialah berhampiran Gua Tempurung dan Terowong Menora disebabkan hujan.

Pemandu yang menghala ke selatan dinasihatkan berhati-hati.