Tonton Video Lucah di Pejabat Masjid Disiasat

Foto NSTP

MELAKA: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal-Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman, berkata isu lelaki menonton video lucah di pejabat masjid akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) minggu depan.

Video berdurasi 1 minit 59 saat di media sosial itu memaparkan seorang lelaki yang didakwa setiausaha masjid, serta dikaitkan dengan sebuah parti politik, sedang leka menonton video lucah dalam sebuah bilik dipercayai pejabat masjid.

Difahamkan, masjid terbabit dikatakan terletak di Bukit Baru.

Perbuatan lelaki itu dirakam individu lain sebelum mengetuk tingkap dan pintu pejabat berkenaan.

Individu dalam pejabat membuka pintu namun dia menafikan melakukan sebarang perbuatan salah.

Menurut perakam video berkenaan, rakaman itu dibuat sebagai bukti kejadian yang didakwa berlaku pada jam 9.13 pagi, pada 27 Disember lalu.