TNB salur RM2.96 billion kepada rakyat

Foto Tenaga Nasional Berhad

Lembaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengisytiharkan jumlah dividen 51 sen sesaham, tertinggi dalam tempoh empat tahun berjumlah RM2.96 billion.

Ini mencerminkan komitmen TNB meningkatkan nilai jangka panjang syarikat melalui pengurusan modal berdisiplin, operasi mantap dan pelaburan berfokus komuniti yang memberi manfaat kepada pemegang saham dan rakyat.

Ia juga sejajar dengan dasar dividen syarikat menetapkan kadar pembayaran manfaat kewangan langsung kepada jutaan rakyat Malaysia memandangkan lebih 60 peritus saham TNB dimiliki secara kolektif oleh syarikat berkaitan kerajaan.

Ini juga refleksi rekod konsisten TNB dalam mengekalkan pembayaran dividen pada tahap tertinggi dalam julat 30 peratus hingga 60 peratus sejak lapan tahun lalu.