
KUALA LUMPUR: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Stesen Mini Hidro Sungai Sempam (SMH Sempam) di Raub, Pahang, iaitu loji hidroelektrik tertua di Malaysia dengan kapasiti terpasang 1.236 megawatt (MW) kekal menjadi simbol warisan tenaga negara.
Ia dibina oleh jurutera British, William Bibby, sekitar tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1900.
Stesen yang berusia lebih 120 tahun ini terus menyumbang kepada agenda tenaga bersih melalui kerja pemulihan menyeluruh pada 2024.
Ia kini menjadi sebahagian daripada Fasa 3 Projek Senggaraan dan Penaiktarafan Stesen Mini Hidro, yang merangkumi enam stesen di empat negeri, dan dijangka siap menjelang 2028.