TNB Perjelas Isu Aplikasi myTNB

Gambar Fail

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bacaan penggunaan bagi bulan Julai tidak akan terjejas dan pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan seperti biasa.

“TNB ambil maklum sedang tular di media sosial bahawa sesetengah pelanggan mungkin melihat graf penggunaan kWj bulan Julai yang tinggi dalam aplikasi myTNB.

“Ada isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat dan graf itu tidak dipaparkan buat sementara waktu,” jelas kenyataan TNB.

Menurut kenyataan itu,TNB sedang mengambil tindakan dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.