TMJ Mahu Selesai Masalah Air Johor

Foto Fail/ Tunku Mahkota Ismail

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bertitah baginda akan memantau isu gangguan bekalan air Johor yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini dan akan berusaha membantu menyelesaikannya.

Tunku Mahkota Ismail menjawab hantaran akaun BrotherhoodJHR, di aplikasi X rasmi baginda malam tadi, susulan akaun berkenaan meluahkan kekecewaan mengenai gangguan bekalan air di Pontian yang memasuki hari keempat.

“Saya akan pantau dan cuba selesaikan segera. Ini pentingnya kita jaga air Johor, aset Johor sendiri dan bukan berada di bawah syarikat dilantik (kerajaan) Persekutuan.

“Doakan kewangan negeri meningkat, kita boleh beli saham air Johor dan meletakkan air negeri di bawah jagaan kerajaan negeri. Insya-Allah,” titah baginda dalam muat naik itu, malam tadi.