Tiga pencuri tabung masjid ditangkap

Foto File

SEGAMAT: Tiga remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian curi tabung surau di Kampung Tanjung Sekawang di sini ditahan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, bekata polis menerima aduan mengenai perkara itu daripada pengerusi surau berkenaan pada 3 Oktober lalu.

“Berdasarkan aduan yang diterima, tabung surau yang dicuri dianggarkan berisi wang berjumlah RM200.

“Bertindak atas makluman risikan, polis kemudiannya berjaya memberkas ketiga-tiga remaja berusia 13 hingga 15 tahun itu di lokasi berbeza sekitar Segamat.