Tiga lemas: Pemandu Bot Pelancong Positif Dadah

Foto Sinar Harian

Pemandu bot pelancong yang terbabit dalam insiden bot karam di perairan Pulau Perhentian, Terengganu malam Sabtu lalu didakwa mempunyai lima rekod berkaitan kes dadah dan jenayah.

Dia kini direman untuk siasatan lanjut. Dalam insiden itu, pemandu berkenaan membawa 15 penumpang dalam cuaca buruk dan karam menyebabkan tiga orang lemas termasuk dua kanak-kanak. Seorang lagi kanak-kanak kini kritikal.

Siasatan awal mendapati tiada penumpang memakai jaket keselamatan semasa kejadian. Semua mangsa adalah pelancong dari Butterworth, Pulau Pinang.