
JOHANNESBURG: Datuk Seri Anwar menegaskan cadangan melantik Nurul Izzah Anwar sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang dicdangkan oleh Datuk Seri Amirudin Shari tidak enah dibincngkan.
Menteri Besar Selangor itu dikatakan mahu Nurul Izzah mengambil alih tanggungjawab peneraju nombor satu di negeri itu.
Perkara itu mengejutkan Anwar dan ketika ditanya mengenai perkara itu di sini malam tadi, beliauberkata: “Itu pandangan beliau (Amirudin), dia tidak pernah berbincang perkara ini dengan saya.”
Amirudin yang juga Naib Presiden PKR semalam dipetik sebagai berkata beliau sudah bercakap dengan Nurul Izzah mengenai perkara berkenaan dan terserah kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk menerimanya atau tidak.
“Sejujurnya, saya sudah beritahu Izzah sendiri, terpulang kepadanya sama ada dia mahu terima atau tidak,” katanya.