
Tiada ‘double standard’ dalam siasatan kes membabitkan kes 3R yang merujuk kepada raja, agama dan kaum seperti didakwa sesetengah pihak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dalam isu ini tidak sepatutnya wujud perbandingan, sangkaan buruk dan membuat tuduhan tidak berasas mengenai siasatan dijalankan pihak berkuasa.
“(Tuduhan) ini tidak membawa kebaikan apa-apa pun kepada masyarakat dan negara… yang jelas, sekiranya ada aduan sudah tentu polis akan menjalankan siasatan.
“Bahkan di Bukit Aman (sudah) bermula sejak tahun saya minta kepada Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Arcyl Sani, segera diwujudkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas khusus untuk aduan berkaitan 3R,” katanya.