
PUTRAJAYA: Thailand dan Kemboja sudah menyatakan persetujuan untuk menghadiri mesyuarat khas Menteri Luar Asean 22 Disember ini bagi membantu meredakan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat khas itu akan diadakan di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat yang dijadualkan itu membolehkan Asean bermesyuarat secara kolektif, mengenal pasti fakta sebenar di lapangan serta mempergiat usaha memujuk kedua-dua pihak supaya menghentikan serangan, bermula dengan gencatan senjata segera.
Beliau berkata, kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan untuk menghadiri mesyuarat khas berkenaan.
“Kami merayu supaya mereka segera menghentikan serangan di barisan hadapan dan jika boleh melaksanakan gencatan senjata serta-merta.