Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Dadah RM10.9 Juta

Foto TDM

KUALA LUMPUR: Cubaan menyeludup dadah bernilai RM10.9 juta digagalkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam operasi di Kuala Nerang, Kedah, kelmarin.

Rampasan itu adalah yang terbesar oleh pasukan itu setakat ini.

TDM dalam kenyataan memaklumkan kejayaan itu hasil operasi Kumpulan Serbuan dan Tangkapan (SERKAP) 4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang melaksanakan operasi KOTA/B/C/D dan Pagar II Siri 6/2025, Zon Utara di bawah kawasan tanggungjawab Briged ke-6 Infantri Malaysia.

Menurut kenyataan itu, operasi pada jam 4.30 pagi berkenaan diketuai Kapten Muhammad Zulharif Abdul Rahim bersama lima anggota dari Platun 6, 4 RRD sebelum menahan seorang lelaki warga Thailand dalam keadaan mencurigakan di lokasi 1.2-kilometer dari Kem Sahara, Kuala Nerang.

Pemeriksaan terhadap lelaki itu menjumpai satu walkie talkie, sebilah parang, satu beg pinggang dan lampu suluh.