
KUALA LUMPUR: Jika ada keperluan dan diminita berbuat demikian, Tentera Darat Malaysia (TDM) bersedia untuk menyertai sebarang misi pengaman termasuk kemungkinan bertugas ke Gaza, Palestin.
Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, semua itu tertakluk kepada keputusan kerajaan selain penilaian mengenai keberkesanan serta tahap keselamatan misi berkenaan.
Beliau berkata penilaian itu akan dibuat oleh kerajaan termasuk Kementerian Luar dan Markas Angkatan Bersama.
Menurutnya, Malaysia mempunyai banyak rekod dalam operasi pengaman antarabangsa dan TDM bersiap-sedia untuk menyumbang.
“Kami telah terlibat dalam operasi pengaman sejak 1960, bermula di Congo dan seterusnya di Somalia, Bosnia serta Kemboja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik (IPACC) ke-14, Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik (IPAMS) ke-49 dan Forum Pemimpin Kanan Tentera Darat (SELF) 2025 ke-11.