
Gara-gara percaya tawaran sindiket infak haji yang berpangkalan di Sarawak, 64 individu kerugian RM2 juta .
Mangsa diperdaya dengan tawaran haji mujamalah serta tawaran pakej haji mewah bernilai RM120,000 setiap seorang di bawah sebuah syarikat pengelola jemaah haji tempatan.
Disebabkan percaya dengan tawaran itu, setiap daripada mereka dikehendaki membayar wang pendahuluan RM5,000 sebagai yuran pengurusan dan bayaran visa.
Bagaimanapun, sesudah bayaran dibuat, mangsa mendakwa diminta terus membuat bayaran lain sehingga mencecah puluhan hingga ratusan ribu.