Tauliah Penceramah Boleh Ditarik Jika Langgar Etika, Moral

Foto Fail / Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR: Tauliah penceramah yang melanggar syarat atau etika ketika mengajar di masjid serta surau boleh ditarik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi perhatian serius terhadap isu penceramah melanggar syarat atau etika ketika mengajar di masjid serta surau.

“Mana-mana yang melanggar etika dan moral, tauliah mereka tidak akan diperbaharui dan mereka juga boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Katanya, ekosistem tauliah itu dimestikan agar hanya mereka yang benar-benar berilmu dapat menyampaikan dengan penuh keikhlasan.