Tatakelola DBKL Lemah, Mundur: Menteri

Foto FB Hannah Yeoh

PUTRAJAYA: Hannah Yeoh mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud untuk segera memperbaiki kelemahan dan bidang tidak jelas yang dikesan dalam pengurusan kontrak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu mahu Fadlun menyeragamkan penambahbaikan itu melalui tindakan lebih jelas supaya tiada lagi ruang untuk pihak tertentu termasuk penguatkuasa terjebak dalam salah laku rasuah.

“Saya sudah minta Datuk Bandar menyegerakan (tindakan berkaitan kelemahan pengurusan kontrak) supaya rakyat jelas dengan proses permohonan lesen yang dilaksanakan.

“Semuanya perlu ada hitam putih (supaya) orang jelas dan tiada lagi ruang kelemahan yang boleh mengakibatkan interpretasi yang berbeza,” katanya.