Tarif AS Bebankan Pengimport Minyak Sawit

Foto Hiasan / X Johari Abdul Ghani

Tarif 25 peratus oleh Amerika Syarikat ke atas eksport seperti oleokimia, sarung tangan getah, kayu-kayan dan koko dijangka meningkatkan kos kepada pengimport negara itu, kata Menteri Perdagangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau menjelaskan tiada alternatif setara bagi produk minyak sawit Malaysia di Amerika Syarikat, menjadikan pengguna negara itu yang menanggung kesan tarif itu.

Isu tarif akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dengan penekanan kepada penyesuaian dasar secara cekap memandangkan Malaysia bukan satu-satunya negara yang terbabit.

Menurutnya, eksport komoditi Malaysia ke Amerika bernilai RM20 bllion daripada keseluruhan RM186 bilion.