
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia masih mempunyai ruang rundingan dengan Amerika Syarikat berhubung tarif 25 peratus yang dikenakan kepada negara ini.
Perdana Menteri berkata demikian selepas pertemuannya dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio.
Rubio memaklumkan bahawa surat penetapan tarif itu bersifat umum dan Malaysia mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan pandangan serta rundingan lanjut.
Malaysia tersenarai bersama Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan sebagai negara yang akan dikenakan tarif baru mulai 1 Ogos menandakan fasa baru dalam tindakan perdagangan Amerika terhadap rakan dagang Utama.